Wednesday, April 28, 2010

Sentap

Pagi ini aktiviti saya ialah..

Bangun..
Makan..
Post Office..
Meeting Supervisor FYP..
Lab FYP..
Rest..
Adjuct Lecture (sejam, balik sbb nak pitam)..
Tido..
Dinner kat kedai( masakan gred B je)..

Makan malam dgn nasi putih, sup sayur dan daging kicap. Nak kata sedap, tidak. Biasa2 jer.. Frankly, kurang kene selera. Lantas, membuatkan saya rindu pada sup sihat saya last weekend..

Sup sayur sihat.. menu lunch..



Bertemankan sambal bilis..



Diserikan lagi dengan telur dadar cabai.. Telur dadar? Bukan slalu goreng telur mate je ke? Ni, sbab kawan seperjuangan, gewes kurang suka telur half cooked aka telur mate..



Haish. jadi kongsi menu laks. Menu bujang di UTP...

Kan pagi td bfast kn sebelum g post office pos parcel muhiboutique . Makan nasi goreng. Mcm tajuk lagu Yuna, dan sebenarnya, inilah apa yg sy sentap pagi ini.. Masa nk makan, akak dobi tanya masak ke? Lain kali masak byk sikit..Agak2 sy masak ke beli yg dah masak?



p/s: mizah aka gewmiza, sy rindu kuah spagetti anda, nk cicoh nga roti gardenia.. wawa..

Tuesday, April 27, 2010

Hak: Mereka Juga Punya HAK

Apa yg terjadi hari ini membuatkan aku berfikir. Berfikir tentang nasib orang asal. Mereka terpinggir dari pelbagai segi. Walhal, kalau nk banding dgn kita, mereka lebih berhak ke atas bumi Malaysia ini. Mereka lebih lama bermastautin, mereka yg menjaga tanah Melayu ini. Namun, lama-kelamaan mereka semakin hilang tempat tinggal, kawasan mereka mencari rezeki juga semakin menyempit. Apa yg mampu mereka lalukan? Tiada apa-apa. Kerana surat izin untuk membangunkan sesuatu kawasan sudah diluluskan ketika mereka tahu tanah yg mereka anggap milik mereka bakal diusahakan.

Betapa kasihannya nasib orang2 asli..

Bygkan betapa sukarnya bagi mereka untuk belajar di sekolah. Walaupun bantuan diberi namun mungkin belum mencukupi untuk manarik minat mereka ke sekolah. Kakak sy kerja sebagai pembantu asrama di sebuah sekolah di hulu Kelantan. Ibu bapa tidak kesah jika anak malas ke sekolah. Ada juga yg prihatin dtg hantar anak ke sekolah, namun si ibu dtg dengan berkemban kain batik saja. Sedihnya..

Mereka masih kekurangan. Siapakah yg membela nasib mereka?

Kasihan mereka. Daif. Kebanyakan mereka masih daif. Hanya segelintir yg sudah berjaya. Harap2 anak2 org asli yg berjaya akan menjadi inspirasi kpd yg lain...

What makes a girl happy?

When she gets what she wanted. Plus, she'll be super duper happy when she gets what other girls always dream about.



Now,



What makes a woman happy?

When she is having a husband that makes her feel perfect. All woman hope for this. Quit a number of women decided not to marry. I think they just couldn't find the answer for this question:



Is there a guy that is kind & sincere enough? Responsible?

Ada lagi ke laki2 yg baik dan ikhlas skrg ni? Boleh ke bertanggungjwb?



Hei women, u r keep asking this question. Don't u think men do the same? Keep asking this:



Is there a woman that is kind hearted and sincere to me? During joy and hard time?

Ada lagi ke wanita yg baik dan ikhlas? Setia masa susah dan sng?



I think, if they found a woman that they wanted, they are willing to do anything for her. So woman, just love yourself and be sincere to your self. Make-up doesn't make u look good all the time.



















Allah promised that for every man, there will be a woman n vice versa. Don't worry, be happy!

Friday, April 23, 2010

FENOMENA BUSY

Syukur alhamdulillah, sempat sy curi peluang dan masa menulis di blog ni. Tajuk pun fenomena busy, faham-faham sajalah. Kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Haha.

Apa yg berlaku ialah, semua classmate busy dgn projects masing-masing. Sy juga. Namun syukur kerana sy sihat menjalani hari-hari di UTP ini. Harapnya kawan-kawan juga demikian. Apabila melihat junior keluar Ipoh untuk bergumbira, terdetik rindu di hati. Cewah. Semakin mendekati study week, kerja semakin hampir selesai. Budak-budak Final Year bertungkus-lumus dgn project individu, group dan small projects. ;)

Alhamdulillah, atas sambutan dr customer, blogshop sy juga sudah ada post.Bersekang mata hingga 3 pagi menyiapkan 2 post(internet UTP slow banget). Terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan customer UTP yg support, dan yg berada di facebook. Sesiapa berminat bolehlah view here

Wednesday, April 14, 2010

10 Successful Family Bussiness

Ini syarikat antarabangsa yang berjaya:

* Wal-Mart Stores : Runcit
* Ford Motor : Kereta
* Samsung : Elektronik
* Carrefour : Runcit
* Marriot : Perhotelan
* Esstee Lauder : Kosmetik

Jom semak yang ada di Malaysia bertuah ini, antaranya:

* Adabi : Makanan
* Kumpulan Barkath : Jus buah-buahan
* Ramly : Burger dan makanan sejuk beku
* Zaitun Industri : Produk harian

Rasanya nama Adabi, Ramly dan Zaitun ini tidak asing dalam kalangan kita rakyat Malaysia. Cuba angkat tangan siapa yang belum pernah jumpa serbuk kari Adabi? Siapa yang tidak pernah beli burger tepi jalan jenama Ramly? Siapa tak pernah tengok minyak atau ubat gigi jenama Zaitun?

Bagi saya, secara peribadi tidak tahu tentang Barkath. Mungkin kerana syarikat ini dalam kumpulan, kurang mengetahuinya.

Itu saja nak kongsi dengan readers. Selamat bergembira! Senyumlah, jangan dibiarkan wajah anda serius selalu. ;)