Saturday, January 12, 2013

Anugerah Juara Lagu (AJL) mengangkat nama pencipta lagu atau penyanyi?


Anugerah Juara Lagu (AJL) mengangkat nama pencipta lagu atau penyanyi?
Oleh Nor Muhibbah Mohamed @ Muhammad

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebentar tadi, saya menonton satu paparan di TV3, berkenaan dengan Anugerah Juara Lagu 27(AJL) yang baru saja ditayangkan minggu lalu. Saya dapati ucapan tahniah ditujukan kepada para pemenang, namun saya lihat tiada nama Yuna selaku pencipta lagu dipaparkan, sebaliknya nama Aizat yang jelas tertera di situ. Jadi, saya terkeliru. Sedangkan AJL ialah anugerah untuk mengangkat pencipta lagu bukannya penyanyi. Mungkin hanya saya yang tidak faham, namun saya berpendapat bahawa nama Yuna yang lebih wajar dipaparkan meskipun mungkin nama Aizat dan gambar beliau masih dikekalkan.

TAMAT.