Tuesday, April 27, 2010

Hak: Mereka Juga Punya HAK

Apa yg terjadi hari ini membuatkan aku berfikir. Berfikir tentang nasib orang asal. Mereka terpinggir dari pelbagai segi. Walhal, kalau nk banding dgn kita, mereka lebih berhak ke atas bumi Malaysia ini. Mereka lebih lama bermastautin, mereka yg menjaga tanah Melayu ini. Namun, lama-kelamaan mereka semakin hilang tempat tinggal, kawasan mereka mencari rezeki juga semakin menyempit. Apa yg mampu mereka lalukan? Tiada apa-apa. Kerana surat izin untuk membangunkan sesuatu kawasan sudah diluluskan ketika mereka tahu tanah yg mereka anggap milik mereka bakal diusahakan.

Betapa kasihannya nasib orang2 asli..

Bygkan betapa sukarnya bagi mereka untuk belajar di sekolah. Walaupun bantuan diberi namun mungkin belum mencukupi untuk manarik minat mereka ke sekolah. Kakak sy kerja sebagai pembantu asrama di sebuah sekolah di hulu Kelantan. Ibu bapa tidak kesah jika anak malas ke sekolah. Ada juga yg prihatin dtg hantar anak ke sekolah, namun si ibu dtg dengan berkemban kain batik saja. Sedihnya..

Mereka masih kekurangan. Siapakah yg membela nasib mereka?

Kasihan mereka. Daif. Kebanyakan mereka masih daif. Hanya segelintir yg sudah berjaya. Harap2 anak2 org asli yg berjaya akan menjadi inspirasi kpd yg lain...

No comments:

Post a Comment